. Berita Buruk Kepada Penggemar Rokok Bukan Seludup - testingblog

Main Slider

Latest Post

Berita Buruk Kepada Penggemar Rokok Bukan Seludup


KUALA LUMPUR – British American Tobacco ( BAT) mengumumkan kenaikan harga rokok sebanyak RM1 mulai hari ini jika perokok mahu membeli tujuh jenama rokok keluaran syarikat British American Tobacco (M) Berhad (BAT Malaysia).

Antara jenama rokok yang dinaikkan harga adalah Dunhill ( RM13), KENT (RM 13), Peter Stuyvesant ( RM11.50), Pall Mall ( RM11.50), Benson & Hedges (RM13), Lucky Strike Plain ( RM 13.50) dan Rothmans International ( RM13.50).

Harga baharu untuk setiap sekotak rokok yang mengandungi 20 batang itu diumumkan oleh syarikat BAT Malaysia menerusi satu kenyataan akhbar, semalam.

Pengarah Urusan BAT Malaysia, Stefano Clini berkata, kenaikan harga itu adalah disebabkan pihaknya mengalami kerugian yang ketara ekoran jualan rokok haram di negara ini.

Menurutnya, syarikat tersebut terpaksa bersaing dengan penjualan rokok yang diseludup masuk ke dalam negara ini selain menghadapi saingan sengit dengan syarikat rokok yang lain.
sumber
Print Friendly and PDF
0 Komentar untuk "Berita Buruk Kepada Penggemar Rokok Bukan Seludup"

 
Copyright © 2014 testingblog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info l