. 15 Rumah di Pendang, Kuala Kedah Rosak diLanda Puting Beliung - testingblog

Main Slider

Latest Post

15 Rumah di Pendang, Kuala Kedah Rosak diLanda Puting Beliung



ALOR SETAR: Sekurang-kurangnya 15 rumah kediaman di dua lokasi masing-masing di Pendang dan Kuala Kedah dilapor rosak selepas dilanda angin puting beliung, petang tadi.



Kejadian kira-kira jam 4 petang itu turut menyebabkan sebuah sekolah di Kampung Alor Besar di Pendang, dekat sini terjejas apabila bumbung bangunan dan makmal komputer dikatakan mengalami kerosakan.



Berdasarkan maklumat, angin berpusar setinggi bangunan empat tingkat itu dilihat terbentuk sejurus hujan lebat melanda, sebelum menerbangkan bumbung dan dinding beberapa rumah di Kampung Alor Besar.



Turut mengalami kerosakan, tiga rumah di Taman Seri Kota di Kuala Kedah akibat insiden sama.

sumber
Print Friendly and PDF
0 Komentar untuk "15 Rumah di Pendang, Kuala Kedah Rosak diLanda Puting Beliung"

 
Copyright © 2014 testingblog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info l