Satu retakan bumi yang panjangnya sekitar satu kilometer terjadi di Hermosillo, wilayah barat laut Mexico. Fenomena alam tersebut berjaya di rakam oleh Drone (pesawat tanpa pemandu)
Retakan besar itu telah merosakan Jalan Raya 26, yang terletak antara Hermosillo dan kawasan pantai. Penduduk sekitar terpaksa mencari laluan alternatif membuatkan jarak perjalanan bertambah jauh.
Pada Jumaat 22 Ogos 2014 Yahoo News menyatakan, kelebaran retakan itu sekitar 5 meter dan 2,5 meter dalam. Namun sumber lain menyebut retakan tersebut sedalam 8 meter. Laporan terakhir juga memberitahu terdapat retakan baru terjadi di sebelah retakan besar tersebut
Punca keretakan masih belum di ketahui, Pakar kajibumi berkata kemungkinan ianya di sebabkan oleh sungai di bawah tanah namun spekulasi lain menyebut retakan itu berpunca dari gempa yang berlaku di San Andreas Fault baru-baru ini.
0 Komentar untuk "Retakan Misteri Di Mexico"